04 October 2020

BILA A. AIDA BERHABIS LEBIH RM100K BELI KAMERA DEMI DRAMA TAMPIL 20 PELAKON SADO



Demi drama 'Bidadari Salju' yang bakal ditayangkan di slot Akasia, TV3 pada Disember nanti, penerbit terkenal Datuk A. Aida mendedahkan dia sanggup berhabis RM146,980 semata-mata untuk membeli tiga kamera baharu bagi kegunaan penggambaran drama tersebut.

Malah, A. Aida, 50, berkata dia juga melabur banyak untuk babak bermain bola sepak yang menggunakan khidmat lebih 20 pelakon extra membabitkan remaja dan berbadan sado.

"Saya fikir agak lama juga tidak buat drama di slot ini. Ditambah pula, drama adaptasi ini jalan cerita berbeza dengan yang lain dan saya mahukan sesuatu yang baru bukan saja dari segi 'shot', tapi juga 'look' drama ini. Kebetulan, pengarah, Riza Baharudin ada kepakaran itu.

"Apabila dia cakap nak gunakan tiga kamera, saya tak fikir panjang dan terus buat tempahan. Semuanya demi drama ini agar hasilnya nanti lebih menarik dan berkualiti.

Klik untuk gambar besar


"Dalam masa sama, drama ini ada babak bermain bola sepak. Justeru, saya berasakan ia perlu diberi perhatian dan bukan sekadar 'shoot' biasa saja. Jadi, saya dan pasukan berbincang untuk mencari pelakon extra yang sesuai dengan babak itu.

"Saya buat uji bakat dan menetapkan kriteria kena remaja dan sado. Bagi saya, pemain bola perlu kelihatan 'fit' barulah nampak 'real'. Takkan saya nak ambil yang boroi pula kan. Memang tak sesuai," katanya.

Sementara itu, Riza berkata itu kali pertama dia akan mengarah menggunakan tiga kamera: "Ini kali pertama saya dapat 'shoot' menggunakan tiga kamerra.


"Sebelum ini satu atau dua kamera saja. Ada sebab saya nak gunakan tiga kamera. Ini kerana, kalau pengkarya luar, mereka menggunakan enam sehingga tujuh kamera.

"Mereka gunakan banyak teknik kamera untuk mendapatkan lebih banyak 'shot' dan reaksi untuk setiap babak. Alhamdulillah, saya tahu dan ada kelebihan di situ untuk memudahkan kerja semua orang dan mencantikkan hasil kerja.

"Sebenarnya saya saja uji Datuk dengan buat permintaan tiga kamera, tak menjangka pula dia bersetuju. Tapi, apabila dah bagi, saya kena buat yang terbaik. Saya kena tunjuk yang lebih baik," katanya.

Drama terbitan A. Aida Productions itu menampilkan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai watak utama.



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram A. Aida

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: