27 October 2020

BELI MERCEDES-BENZ GLC 200, HAQIEM RUSLI BELUM ADA LESEN: "NIAT SAYA BERI INSPIRASI..."



Baru-baru ini, penyanyi dan komposer Haqiem Rusli telah berkongsi di Twitter dan Instagram miliknya dimana dia membeli kereta mewah jenis Mercedes-Benz GLC 200 yang dianggarkan bernilai RM290,000. Haqiem berkata, itu adalah kereta idaman dan berbaloi dimiliki selepas bekerja keras selama ini.

"Ini 'reward' untuk diri sendiri. Alhamdulillah, atas rezeki Allah SWT. Saya ada banyak juga buat 'survey' termasuk kereta BMW dan Range Rover, tapi ini menjadi pilihan saya. Ayah pun suka.

"Memandangkan saya belum ada lesen memandu, jadi kereta ini dipandu ayah. Kalau ada kerja, saya minta tolong pengurus yang bawa," katanya.

Haqiem yang muncul dengan single 'Adlina Marie' itu berkata, perkongsian di Twitter itu untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua anak muda.

Klik untuk gambar besar



"Sebelum buat hantaran di Twitter, saya terfikir juga nanti orang kata nak menunjuk, tapi niat saya adalah untuk memberikan inspirasi kepada semua.

"Kebahagiaan dan kegembiraan yang dimiliki tak salah untuk dikongsi semoga ia menjadi pembakar semangat untuk semua," tutur penyanyi lagu 'Tergantung Sepi' itu.

Haqiem turut memilih tahun kelahirannya iaitu 1998 sebagai nombor plat kenderaan. Perkongsian Haqiem itu mendapat lebih 500 ulang ciap dan lebih 3,000 tanda suka.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Twitter / Instagram Haqiem Rusli

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: