24 October 2020

BERSEDIA DIPANGKAH, DILABEL EKSTRIMIS - NEELOFA BERSYUKUR BERNIQAB TAK JEJAS REZEKI



Mengambil keputusan berniqab baru-baru ini, pelakon dan pengacara Noor Neelofa, 31, bersyukur keputusannya itu tidak menjejaskan rezekinya sebagai duta jenama antarabangsa.

Mengakui bersedia ditolak klien berikutan penampilan terbarunya itu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor gembira klien sebaliknya cukup memahami keputusannya.

"Saya sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk dipangkah atau dilabel sebagai ekstrimis. Sebaliknya, mereka tanya saya, bagaimana menyesuaikan diri dengan penampilan baharu saya?" katanya.

Neelofa menjawab persoalan itu kepada rakan pengacara Uyaina Arshad dalam sesi siaran langsung di Instagram semalam. Uyaina kemudian berkongsi perkara itu di platform sama.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, bekas pengacara MeleTop itu mengesahkan dirinya sudah berniqab pada 15 Oktober lalu. Dia memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

Pengumuman Neelofa itu dibuat sejurus ramai berteka-teki mengenai penampilannya selepas memuat naik beberapa gambar dia mengenakan niqab.

Dia turut memohon doa orang ramai agar dirinya sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. Neelofa berharap perjalanan baharunya sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Noor Neelofa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: