24 October 2020

TERBUKA KONGSI KISAH CINTA - SHALMA ELIANA DEDAH DIKECAM MUKA NAMPAK TUA, AHLI NERAKA



"Pelbagai kecaman saya pernah kena. Bahkan, ada yang berbaur ugutan. Antaranya, ada yang menghentam saya dengan mengatakan muka saya nampak tua, ahli neraka dan macam-macam lagi," demikian kata penyanyi dan pelakon Shalma Eliana, 20, yang mengakui pernah menerima kecaman hebat apabila bersikap terbuka mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi dan pelakon Ismail Izzani.

Menurutnya, dia tidak pernah mengendahkan kecaman itu dan lebih selesa untuk menyekat akaun Instagram individu itu. Shalma yang kini hadir dengan single baru berjudul 'Aroma' ini berkata, perkara itu bagaimanapun tidak seteruk apa yang pernah dilalui oleh kekasihnya.

"Mail (Ismail) pernah terima mesej yang lebih teruk. Bahkan, ada individu yang sanggup mencederakan diri sendiri semata-mata untuk dapatkan perhatiannya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Terbuka mengenai hubungan cintanya yang bermula sejak 2018, Shalma juga tidak menolak ketika ditanya mengenai niat untuk bertunang.

"Niat memang ada sebab dalam sesuatu hubungan, mesti kita nak teruskan sehingga ke peringkat seterusnya. Tapi, bukan dalam masa terdekat kerana kami masing-masing baru masuk 20 tahun. Masih terlalu muda untuk berfikir mengenainya," jelas Shalma.







www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Shalma Eliana & Ismail Izzani

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: