24 October 2020

"BAGI HIBURAN PUN NAK 'COMPLAIN'... DIRI SENDIRI TERUMBANG-AMBING" - NABILA HUDA



Baru-baru ini penonton dikatakan telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan juri program realiti The Masked Singer Malaysia ketika meneka peserta. Berhubung perkara tersebut, pelakon Nabila Huda yang juga juri program itu berkata, penonton tidak sepatutnya emosi jika juri salah teka.

"Guys, why so serious? Relax la. Korang (anda) tertekan tak dapat teka pastu (selepas itu) nak emosi dengan juri. Program ini bukan 'game show' lah yang anda nak emosi juri teka salah tu kenapa? Aduh, dari episod pertama kita tak boleh teka orang sama kalau juri lain sudah sebut.

"Apa-apa pun jawapan daripada juri tu jangan la emosi. Kami semua tau lah apa jawapan dia. Kalau semua juri kau nak positif, bijak, nak baik saja, anda tak bosan ke takda warna di meja juri tu? Cuma 'enjoy' saja dengan program. Ini tak habis-habis asyik nak 'complain' saja.

"Kalau semua sebut betul dari episod satu, tidak ada warna lah program ini. Sama saja macam program TV yang lain. Ini bukan rancangan pertandingan. Ini adalah program hiburan. Walaupun di Astro Warna, kenapa nak kena serius?," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam ciapan sama di Twitter, Nabila berkata, pihak produksi ada alasan tersendiri kenapa menggunakan khidmat sembilan juri dari latar belakang dan pencapaian berbeza dalam industri.

"Kalau anda nak tahu ada sebab kenapa panggil sembilan juri. Anda tak nampak perwatakan dan sikap semua berbeza. Pencapaian masing-masing dalam industri pun lain-lain. Mereka menggabungkan dari caang berbeza di satu meja. Jadi, kira hebatlah Astro boleh fikir macam tu.

"Tak perlu la nak rasa 'annoyed' atau benci dengan setiap daripada kami. Kami di sini untuk menghiburkan anda. Anda fikir kak Raja (Raja Azura) tu bodoh ka? Kau gila ka apa. Dia orang lama. Dia makan garam dulu dari kita semua. Kalau kiri kanan nampak bijak, mesti kena tengah lain. Nak bagi seimbang.



"Kita ada pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah dan pengacara di satu meja. Mana nak dapat? Ingat senang nak kumpul semua ni. Kami semua dari latar belakang berbeza. Nak jumpa pun tidak langsung. Jadi hargailah dari membenci atau cari salah kami sama seperti kami menghargai masa kita bersama.

"Berhenti asyik nak 'complain' dan nak 'annoyed'. Semua benda nak sempurna. Bagi hiburan di TV pun nak 'complain'. Suruh duduk rumah pun nak 'complain'. Tayang program ulangang di TV pun anda 'complain'. Semua benda tak puas hati. Nak jadi sempurna tapi diri sendiri terumbang-ambing," katanya.

Selain Nabila, juri yang terbabit dalam program itu adalah Remy Ishak, Datuk Aznil Nawawi, Raja Azura, Zizan Razak, Ramona Zam Zam, Michael Ang dan Angah Raja Lawak.



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nabila Huda

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: