24 October 2020

SELAMAT TIMANG ANAK SULUNG - CEF NAEM RASA INSAF PERTAMA KALI LIHAT ISTERI BERSALIN



Tahniah kami ucapkan kepada pengacara yang juga selebriti masakan, Cef Naem atas kelahiran anak sulungnya apabila isteri, Nurul Syazwani Zulkaffli selamat bersalin semalam.

Menurut Naem atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Ramli, bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat bersalin sekitar pukul 4 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

"Agak lama juga tunggu selepas doktor induce dari pukul 10 pagi sebab dah genap 40 minggu. Syukur, semuanya sudah selamat. Nama pun belum ada lagi. Insya-Allah nanti nama saya akan kongsikan selepas tujuh hari," katanya ketika dihubungi.

Kata hos program Dapur Panas itu lagi, ia merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna apabila merasai sendiri melihat momen isterinya bersalin.

"Mula-mula tak berani juga sebab saya bukan boleh tengok darah, boleh pitam. Bagaimanapun, saya beranikan diri. Hampir nak muntah mulanya, tapi berjaya tahan.

Klik untuk gambar besar



"Lepas tengok isteri meneran, kemudian nampak sikit-sikit kepala bayi keluar tu, memang buat diri rasa insaf. Buat saya rasa lebih menghargai dan sayang isteri selepas ini," ceritanya.

Sementara itu, Naem menerusi satu hantaran di Instagram miliknya juga turut berkongsi gambar bersama bayi perempuan tersebut, namun tidak didedahkan lagi wajahnya.

Katanya lagi, isterinya yang juga merupakan seorang pegawai polis itu akan menjalani tempoh berpantang di kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan.

Untuk makluman, Naem mendirikan rumah tangga dengan Syazwani pada 10 Ogos 2018. Naem mula mencipta nama apabila menjuarai program realiti masakan, Hero Oven pada 2016.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Cef Naem

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: