12 October 2020

BILA AERIL ZAFREL BERI WARNING SIAP-SIAP: "NI KERETA PINJAM JE TAU, JANGAN TAG SPRM..."



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Aeril Zafrel berkongsi foto dirinya dengan sebuah kereta mewah berwarna merah bernombor plat JAL9 dengan kapsyen: "Daniel #terciptasatuikatan. Ni kereta pinjam je tau, jangan tag SPRM. Kau la siapa lagi.

Difahamkan Aeril kini sedang menjalani sebuah penggambaran sebuah drama bersama pelakon Hannah Delisha untuk saluran Astro MegaDrama.

Perkongsian tersebut telah mencuri perhatian wargamaya. Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat foto Aeril tersebut serta kapsyen yang ditulisnya: "Haa tahu pun takut," usik seorang wargamaya. - "Ala baru nak tag, dah kena warning," kata seorang wargamaya.

Klik untuk gambar besar



"Kalau kereta sendiri pun apa salahnya kalau rezeki halal," komen seorang wargamaya. - "Sedas padu dia punya kapsyen,” tulis seorang wargamaya. - "Dah pinjam pulangkan, jangan buat harta pulak," ujar seorang wargamaya lagi.

Beberapa hari yang lalu, kereta mewah jenis Ford Mustang milik Aeril dan isterinya pelakon Wawa Zainal telah meraih tumpuan ramai.

Hal ini berikutan pihak SPRM telah menyita 24 kereta mewah di mana salah satunya didakwa milik seorang selebriti popular yang berkait rapat dengan siasatan terhadap kes pengubahan wang haram dan sindiket Macau Scam.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aeril Zafrel

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: