04 October 2020

DAKWAAN BERCINTA & 'DIKAWAL' PENGURUS, ANAS - SITI NORDIANA TAMPIL NAFI



Baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau Nana, 36, terlalu dikawal oleh pengurusnya, Anas Osman dalam segala hal. Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan oleh menafikan Nana.

Ia berikutan, timbul lagi desas-desus mengatakan Nana sukar membuat keputusan sendiri dalam tindakannya, kerana dipantau sepenuhnya oleh Anas.

Malah, mereka juga dikait mempunyai hubungan istimewa selain pada dasarnya, masing-masing profesional sebagai artis dan pengurus. Mengulasnya, Nana menafikan tegas kerana di antara dia dengan Anas memang berurusan dalam soal kerja sepenuhnya.

"Saya diam-diam sekarang pun, ada juga muncul cerita ini lagi. Baiklah, selama menjadi pengurus, Anas tak pernah mengawal segalanya termasuk tindakan dan keputusan saya. Kami selalunya akan berbincang.

"Untuk kaitan kisah cinta itu, ia perkara lama. Sebelum ini pun, kami pernah dikatakan bercinta dan saya sudah memberikan penjelasannya.

"Sekarang, kalau masih timbul lagi yang kata kami bercinta, biarlah. Saya tak perlu ambil peduli pun, sebab ia hanya gosip dan dakwaan sahaja. Kami pun profesional bekerja," katanya kepada Harlan Metro.

Nana yang baru muncul dengan lagu baru berjudul 'Angkara' pada Julai lalu, mengakui amat bersyukur kerana karya itu diterima baik dan mendapat sambutan peminatnya.

Klik untuk gambar besar


Apatah lagi, Nana mengguna pakai konsep menghasilkan drama pendek untuk beberapa episod sebelum melancarkan video muzik penuh lagu Angkara itu yang kini mencatat 2.4 juta tontonan di YouTube.

Bagi Anas pula, dia melihat tindakan dikata terlalu 'mengawal Nana' itu sebagai tanggungjawab selaku pengurus yang dibayar gaji setiap bulan.

"Saya hanya menjalankan tugas sebagai pengurus Nana. Malah, setahu saya selama ini Nana tak terlalu dikawal pun, cuma saya selalu pastikan dia memberi kerjasama baik kepada semua pihak yang berurusan dengan kami.

"Apapun, saya tak terkejut langsung dengan dakwaan yang timbul kerana dah pelbagai cerita dilemparkan, tapi saya biar dan tak layan," katanya.

Menurut Anas, kini apa yang menjadi cabaran untuknya adalah merancakkan semula kerjaya seni Nana. Katanya, banyak perancagan tergendala dan harus diatur semula.

Ujarnya, rentetan penularan Covid-19 yang melanda negara kini, program hiburan sangat terhad. Apapun, kini Nana dalam proses menyiapkan lagu duet dan album mini istimewa buat peminat.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Siti Nordiana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: