25 October 2020

DATUK VIDA SAMBUT BIRTHDAY KE-49 DENGAN KFC TARIK PERHATIAN NETIZEN



Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) telah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-49 dengan sambutan secara santai di rumah.

Menerusi laman sosial Twitter, anak DSV iaitu Cik B telah berkongsi sebuah video sambutan ulang tahun ibunya untuk tatapan umum.

"I like ya g, happy birthday mama," tulis Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, menerusi bebenang ciapan.

Pada perkongsian itu lagi, DSV dilihat menghidangkan ayam goreng KFC, sebiji kek ulang tahun serta makanan ringan lain untuk dinikmati bersama keluarganya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan keletah DSV ketika diusik anaknya.

Malah, ada juga yang memuji tindakan keluarga ini menyambut ulang tahun dengan menikmati ayam goreng seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang lain meskipun bertaraf jutawan.

Klik untuk gambar besar



"Hahaha Cik B dengan mama lucu sokmo. Happy birthday mama Cik B! Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang berpanjangan," komen seorang wargamaya.

"Santai-santai je happy birthday dengan KFC pun sedap," kata seorang wargamaya. - "Datuk vida sambut ulang tahun pun makan KFC je," tulis seorang wargamaya.

"Duit juta-juta birthday makan KFC kat rumah je takde pulak nak buat dekat pokok pastu nak pindah tempat yang lagi mahal katanya," ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 80,000 tontonan dan 4,000 tanda suka daripada warga Twitter.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Twitter / Instagram Cik B

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: