29 October 2020

DIKRITIK SERING BERI KOMEN BERALAS KEPADA PESERTA GV7 - INI JAWAB KHADIJAH IBRAHIM



"Orang-orang di luar sana mereka tidak faham tentang nyanyian, orang punya stress di atas pentas dan sebagainya. Mereka nak suruh ibu komen sesuatu yang ibu rasa tak fair untuk profesional singer seperti bintang GV7 di atas pentas.

"Sebab itu ibu hanya memberi pandangan dan tips-tips yang kadang-kadang kita faham apa yang dimaksudkan. Kalau saya nak tekankan pada teknikal seperti low notes, flat notes, high notes benda-benda macam ni bintang GV semua dah tahu sebab mereka semua profesional.

"Ini adalah program hiburan, we just enjoy the show... Kita memberi tips kepada peserta untuk menambah baik persembahan mereka," tegas juri Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Datuk Khadijah Ibrahim yang menjawab kritikan netizen yang kurang senang dengan cara beliau memberikan komen kepada para bintang.

Khadijah atau lebih mesra disapa Tok Kat yang sentiasa beralas ketika memberi komen kepada para bintang itu berkata adalah tidak adil sekiranya dia memberi komen mengenai teknikal para bintang kerana mereka merupakan penyanyi dan pemuzik profesional.

Klik untuk gambar besar



Oleh sebab itu beliau memilih untuk memberi pandangan dan tips kepada para bintang supaya mereka dapat melakukan penambahbaikan dalam persembahan seterusnya.

Tok Kat merupakan juri tetap program GV sejak dari musim pertama sehingga lima dan berehat pada musim keenam sebelum menggalas kembali tugasan tersebut tahun ini. Bagaimanapun Tok Kat, sentiasa mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan perkara tersebut.

Pada musim terdahulu, Tok Kat pernah dikritik kerana sering menyampai pesanan berupa salam daripada pihak-pihak tertentu kepada hos dan bintang GV sehingga mengundang rasa kurang senang penonton. Beliau juga pernah dikritik kerana sering kali menyebut nama pereka busananya pada setiap konsert mingguan GV5.



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: