29 October 2020

PUNCA PUTUS, NIEZAM ZAIDI TAK SALAHKAN NONNY: "MUNGKIN SAYA YANG BERMASALAH..."



Sebelum ini, pelakon Nonny Nadirah menerusi Insta Stories miliknya telah mengesahkan hubungan percintaannya dengan pelakon Niezam Zaidi sudah terlerai.

Menurut Nonny yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5), dia dan Niezam sepakat untuk membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan dalam masa terdekat.

Dek kerana berita tersebut, timbul pelbagai spekulasi sehingga ada yang mendakwa putusnya hubungan pasangan ini ada kaitan dengan unsur mistik.

Klik untuk gambar besar



Ditanya berhubung perkara ini, Niezam yang reda kisah cintanya bersama Nonny berakhir itu tidak menyangka timbul pelbagai spekulasi sedemikian mengenai hubungan mereka.

Ujar Niezam atau nama sebenar Mohd Niezam Mohd Zaidi, 28, jika benar wujud unsur berkenaan, berharap individu tersebut menerima balasannya di kemudian hari.



"Kalau betul isu ini... siapa yang buat, siapa yang ganggu Nonny harap nanti cari dia di Padang Mahsyar. Jangan kacau orang... orang tak kacau kau! Nonny seorang insan yang hebat, Alhamdulillah saya dipertemukan dengan dia," tuturnya.

Bercerita lanjut, Niezam berkata dia agak terkejut apabila Nonny bertindak mengumumkan berita perpisahan mereka pada hari ulang tahun kelahirannya 26 Oktober.

"Kami ada borak tentang isu ini, tetapi saya tidak jangka dapat tahu tentang berita sedemikian pada hari jadi saya. Pada mulanya kami tidak tahu bagaimana nak beritahu pihak media dan masyarakat, tapi keputusan sudah dibuat dan saya hormat keputusan dia," ujarnya.

Dalam masa sama, Niezam yang tenang menjawab kisah putus cinta dengan Nonny itu enggan menyalahkan sesiapa: "Mungkin saya yang bermasalah, kena betulkan diri dengan Allah," katanya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Niezam Zaidi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: