29 October 2020

BILA ALIFF SYUKRI MAHU LELONG KERETA MEWAH: "SAYA JARANG GUNA... HANYA RM135,000 NET"



"Kereta aku nak jual lelong lelong tag kawan korang yg suka sport car. Patut tak saya jual kereta ini Mercedes-Benz Sports baru pakai 10 kali? Milleagenya hanya 20,000-30,000km sahaja. Saya nak jual kereta ni sebab saya jarang guna.

"Jadi saya nak jual murah-murah ja, waktu beli tu memang mahal sangat," tulis usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang mendedahkan ingin menjual salah sebuah kereta mewahnya yang berjenama Mercedes-Benz SLK.

Menurut Aliff, kereta tersebut jarang digunakan. Oleh sebab itu dia membuat keputusan untuk tidak menyimpannya lagi. Aliff turut memuat naik sebuah rakaman video menunjukkan keadaan keretanya itu.

Klik untuk gambar besar



Tambah pelantun lagu 'Bobo Di Mana' ini, kereta mewah itu sangat dijaga rapi malah tidak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Kereta tak pernah kemalangan, malah saya simpan dalam rumah tertutup, enjin 1.8 turbo, minyak murah, roadtax murah. Sekarang nak jual lelongan ja, hanya RM135,000 net. Nombor plate saya akan ambik balik. Siapa cepat dia dapat," katanya lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: