29 October 2020

BAIM WONG & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Indonesia yang pernah mencipta nama di Malaysia, Baim Wong apabila dia dan isterinya, Paula Verhoeven bakal timang anak kedua tidak lama lagi.

Berita gembira tersebut dikongsikan Baim menerusi saluran YouTube, ketika berkolaborasi dengan Sensasi YouTube, Mak Beti baru-baru ini.

Dalam video itu, pelakon itu memaklumkan usia kandungan isterinya sudah mencecah dua bulan selepas ditanya oleh Mak Beti mengenai jantina bayi mereka: "Belum tahu (jantina). Baru sebulan dua bulan," katanya.

Klik untuk gambar besar



Pengumuman itu menerima reaksi positif daripada peminat pasangan itu yang terus menerus mengucapkan ucapan tahniah di pelbagai platform media sosial.

Untuk makluman, Baim dan Paula berkahwin pda 22 November 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Kiano Tiger Wong yang kini mencecah usia satu tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Baim Wong

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: