29 October 2020

"AKU NAK MASUK GUA BALIK..." - MATA KIRI BERNANAH, KARL SHAFEK BEREHAT SEHINGGA TAHUN DEPAN



"Sebab itu aku malas dan rimas sikit dengan ayat 'Karl Shafek buat come back'. Baru seminggu konon nak come back 'dia ini' yang return kat aku. Dekat nak setahun duk jaga diri, jaga makan, jaga ubat, jaga kaunseling dan berubat sana sini. Ingatkan aku dah boleh rasa lega empat lima bulan ini.

"Sekali tak ada amaran apa-apa dia mai singgah mata kiri pula. Sembilan bulan lepas mata kanan. Pagi tadi bangun tidur siap ada nanah dalam mata," demikianlah kata pelakon dan pengacara Karl Shafek apabila hasratnya untuk membuat kemunculan semula selepas mengalami kemurungan sejak setahun lalu terpaksa dilupakan seketika apabila diserang sakit mata secara tiba-tiba.

Menurut Karl atau Khairul Shafek Ibrahim, 40, mata kirinya mengalami kemerahan yang teruk sehingga bernanah sejak Rabu: "Vision pun sebelah mata nampak putih saja... lepas itu nampak macam ada semut merayap-rayap. Padahal semalam tak ada apa pun," tulis Karl menerusi Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Karl turut berkongsi foto keadaan mata kirinya yang kelihatan bengkak dan kemerah-merahan. Rata-rata netizen termasuk rakan selebriti meluahkan rasa simpati melihat keadaannya serta mendoakan pengacara itu cepat sembuh dan kuat menghadapi dugaan.

Sebelum ini, Karl pernah mendedahkan punca kemurungan yang dialami itu gara-gara perniagaannya ditipu serta disantau. Bagaimanapun Karl tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu namun meluahkan rasa syukur apabila keadaannya semakin pulih selepas menjalani rawatan serta terapi.



Dalam pada itu, Karl memberitahu dia juga menghidap penyakit autoimun yang merupakan keadaan sistem imunisasi badan tidak normal di mana antobodi menyerang tisu-tisu badan. Akui berasa letih terpaksa melawan penyakit, Karl mengambil keputusan untuk berehat sehingga tahun hadapan.

"Esok lusa ini confirm dia akan kacau body system aku jadi haywire balik. Scientifique, autoimmune disease yang tak kenal my own body system and keep on attacking sel-sel dalam badan seolah-olah dia nak protect. Padahal dia attack badan sendiri. Penat tahu tak. Jadi, tak payah la cari-cari aku lagi.

"Aku nak masuk gua balik. Tahun depan baru aku keluar semula. Sebab yang mengadapnya nanti aku seorang juga. Reda... reda juga. Tapi semak tetap ada. Nak come back sangat kan. Hah hadap," ujar bekas peserta rancangan MasterChef Selebriti Malaysia 2012 ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Karl Shafek

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: