01 October 2020

DISERANG DEK TERSALAH TWEET MENTERI SABAH - NOURUL AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG



"Seram dengan mulut sesetengah lelaki sekarang. Yang kata mulut perempuan teruk, tolong fikir balik. Memanglah salah kami. Tapi perlukah menghina macam ni? Pasai kami salah tak kenai menteri. Saya akan mendapatkan khidmat peguam untuk tindakan undang-undang selanjutnya. Terima kasih kerana menunjukkan diri anda yang sebenar.

"Saya akui itu salah saya, tapi untuk menyebarkan kebencian seperti ini, ia tidak elok. Kita tengok apa yang boleh kita buat nanti," tegas penyanyi Nourul Depp menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Nourul akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan kebencian dan mencetuskan provokasi terhadapnya berhubung isu kesilapan tweet pada Rabu. Kata Nourul, dia mengakui kesilapannya namun terkesan dengan komen yang ditulis segelintir pengguna di media sosial.

Klik untuk gambar besar


Nourul merujuk komen yang ditulis menerusi medium Instagram seorang pengguna selepas ciapannya pada Rabu. Nourul pada Rabu menulis pesanan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun untuk menyampaikan mesej mengenai pembangunan bangunan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur hingga menyebabkan peningkatan kes denggi.

"Tolong hentikan pembinaan kondominium dan apartmen di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Bangunan semua dah rapat dan kes denggi pun meningkat. Siapa yang akan membeli kondominium tersebut? Tolong periksa pemaju-pemaju di Bukit Ceylon. Terima kasih," tulis Nourul.


Bagaimanapun, Nourul ditegur netizen memandangkan menteri yang digesanya itu merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan di Sabah, bukannya di Kuala Lumpur.

Susulan ciapan Twitter tersebut, netizen menyerang pelantun lagu 'Kerana Terluka' itu hingga menulis komen yang kasar termasuk panggilan 'bodoh'.

"Saya sudah mengaku kesilapan saya dan saya mohon maaf kerana tersalah tweet menteri. Beliau hanya bertanggungjawab untuk negeri Sabah, bukan di persekutuan. Semua manusia ada buat salah. Sama ada untuk mengaku atau tidak. Kita tengok siapa yang 'buduh'," tulisnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nourul Depp

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: