01 October 2020

SITI NURHALIZA: "DOAKAN SEMOGA HASRAT SAYA UNTUK KEMBALI HAMIL JADI KENYATAAN"



"Doakan semoga hasrat saya untuk kembali hamil menjadi kenyataan. Insya-Allah, apabila betul-betul berlaku, saya akan berkongsi berita gembira dengan peminat," demikianlah kata penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, yang meminta peminat mendoakan semoga impiannya menimang cahaya mata kedua menjadi kenyataan.

Mengulas spekulasi mendakwa sudah berbadan dua, Siti, 41, berkata dia tidak akan menyembunyikan berita gembira apabila tiba masanya nanti.

Mengulas kelibatnya yang jarang kelihatan dalam pelbagai acara berbanding sebelum ini, penyanyi yang sedang meledak menerusi lagu 'Aku Bidadari Syurgamu' itu menegaskan jadual hariannya masih sama.

"Ada ketika, saya buat kerja dari rumah sambil melayan Siti Aafiyah. Jika ada tugasan yang memerlukan saya berada di pejabat atau lokasi lain, saya tetap keluar. Saya ada dan tak hilang ke mana pun," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Spekulasi mengenai kehamilan Siti mula diperkatakan berdasarkan reaksi spontan anaknya yang menyebut ayat 'Aafiyah nak baby ni' menerusi sesi siaran langsung menerusi Instagram (IG) penyanyi bersuara lunak merdu itu, baru-baru ini. Tindakan Siti Aafiyah mencium perut Siti berulang kali juga seakan memberi bayangan yang ibunya kini berbadan dua.

Terdahulu, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu tidak berhasrat menangguhkan keinginan memiliki cahaya mata kedua biarpun kerjaya seninya kembali rancak dengan kemunculan album terbaharu berjudul ManifestaSITI2020.

Pada Februari lalu, Siti menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan untuk mengandung. Prosedur itu perlu dilakukan bagi menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Siti Nurhaliza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: