11 October 2020

"EMPAT TAHUN BUKAN SEKEJAP... SEKARANG PUN TAK KAYA LAGI" - WAWA ZAINAL



"Susahkan nak kurus? Macam itu jugalah dengan kejayaan... bukan hari ini buat esok dah kaya! Wawa dan Aeril pun dah bisnes lama... jual baju pernah, jual tudung pernah, jual kanta lekap sehinggalah Wawa Cosmetics sejak 2016.

"Empat tahun bukan sekejap, pernah jatuh bangun balik! Siapa kata Wawa instant kaya? Cubit dia! Sekarang pun tak kaya lagi. Alhamdulillah cukup memadai buat Wawa dan team.

"Syukur!" ujar pelakon Wawa Zainal yang memberitahu kejayaan dikecapi bersama pasangannya, pelakon Aeril Zafrel dalam bidang perniagaan bukanlah melalui jalan mudah seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurut Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 29, mereka juga pernah berdepan kegagalan dalam perniagaan, namun segera bangkit tanpa berputus asa.

Sementara itu, Aeril pula menerusi akaun miliknya memuat naik foto bersama Wawa beserta kapsyen meluahkan rasa syukur dikurniakan pasangan yang baik.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah dikurniakan seorang isteri yang sungguh memahami dan sanggup berjuang bersamaku dalam kehidupan di dunia ini. Seorang wanita yang bila diberinya rumah, dia akan memberi kehangatan dalam rumah itu.

"Jika memberinya beras, dia akan mengembalikan rezeki dan jika memberinya cinta, dia akan memberikan pengabdian seumur hidupnya," tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir pengikut yang menasihati Aeril supaya tidak menayangkan kekayaan di laman sosial.

Ini selepas beberapa selebriti dan instafamous dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penggubahan wang haram.







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Wawa Zainal

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: