11 October 2020

SHIERA AKUI TAK PERNAH ADA RASA DENGKI, CEMBURU DEKAT SAKINAH



"Saya dengan Sakinah tak pernah ada rasa dengki sebab umur kami dua jarak jauh. Lagi satu saya dah anggap Kinah ni macam anak saya sendiri. Tak layan dia macam adik pun, masa kecil saya yang tukar lampin dia semua jadi dah layan dia macam anak.

"Jadi memang tak ada nak dengki ke, cemburu ke dengan dia walapun dia lah yang paling kaya sekarang," kata pelakon, pengacara & penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera.

Shiera berkata demikian menerusi segmen Suria Petang di Suria FM bersama penyampai radio Tyzo, Suraya Borhan ketika membincangkan topik perasaan hasad dengki sesama adik-beradik bersama pendengar.

Klik untuk gambar besar



Menerusi segmen yang ke udara Khamis lalu itu, Shiera ada mendedahkan dia tak pernah menyimpan perasaan hasad dengki terhadap adiknya yang juga merupakan pelakon Sharifah Sakinah. Ujar pelakon berusia 45 tahun ini, hubungannya bersama Sakinah lebih daripada seorang adik.

Sekadar informasi, kakak mereka, Sharifah Haslinda juga sebelum ini merupakan seorang pelakon dan cukup aktif di drama televisyen pada era 90-an.


www.myartis.com / Sumber: Medai Hiburan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: