22 October 2020

FARA MENDOZA: "BUAT APA REVIEW HARI-HARI KALAU JOB TIDUR RM40,000 SATU MALAM? PERGH..."



"Untuk apa nak buat video review hari-hari kalau dah buat job tidur RM30,000-RM40,000 satu malam? Pergh mewah sangat tu, kalau betul saya buat kerja tu, saya hanya perlu menayang semua aset-aset mewah tanpa bukti bekerja.

"Ada ke? Ada nampak?" demikinlh ujar pelakon kontroversi, Fara Mendoza yang menyifatkan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia terlibat dalam kes pelacuran VVIP itu langsung tidak berasas.

Menurut Fara, dia hanya mampu tergelak apabila ramai yang meninggalkan komen di media sosial menuduh dia terlibat dengan kegiatan haram tersebut. Menurutnya, jika dia terbabit dengan sindiket tersebut sudah pastinya dia akan hidup mewah tanpa bekerja.

"Bagi pilihan jadi wanita belaan pun saya tak nak, inikan buat kerja murahan. Fikir logik lah, kalau saya buat keja tu, buat apa saya post pasal kerja-kerja saya di Instagram?

Klik untuk gambar besar



"Tak payah la saya jual kerepek, tak payah jual produk orang, buat review. Tak payah tukar-tukar baju solek tebal-tebal untuk buat promosi setiap hari. Tak perlu juga nak jadi ‘bigo star’ kena live ikut task setiap bulan," katanya.

Terdahulu, isu berkaitan aktiviti pelacuran kelas atasan itu mula diperkatakan netizen apabila sindiket tersebut didedahkan oleh sebuah akhbar tempatan.

Menerusi laporan itu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati terdapat aktiviti pelacuran dalam kalangan selebriti yang mampu meraih pendapatan lumayan.

Apa yang peliknya, penemuan tersebut merupakan sebahagian daripada hasil siasatan susulan aktiviti Macau Scam yang juga mengaitkan beberapa artis lain. Antara yang menjadi mangsa tuduhan tersebut termasuklah Chacha Maembong dan Scha Elinnea.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: