22 October 2020

NABIL BERSEDIA SEANDAINYA DIGANTIKAN PENGACARA HEBAT LAIN SEPERTI AC MIZAL



Sebelum ini, Nabil Ahmad pertama kali digantikan tempatnya sebagai pengacara Gegar Vaganza (GV) dengan Datuk AC Mizal bergandingan bersama Jihan Muse pada minggu pertama GV musim ketujuh dua minggu lalu, selepas enam musim bersiaran.

Melihatkan pertukaran itu, reaksi bercampur-aduk datang daripada penonton; ada yang bersetuju tempat Nabil diberikan sekali sekala kepada pengacara lain dan ada pula sebaliknya.

Mengulas mengenai perkara terbabit, jelas Nabil dia bersedia seandainya tempatnya digantikan dengan pengacara lain yang hebat seperti AC Mizal.

"Saya selalu percaya pada rezeki, kalau ramai cakap dia lagi okey hoskan GV, terpulang. Tapi keputusan itu bergantung pada produksi juga.

Klik untuk gambar besar



"Untuk saya, show sebegini pengacara yang best layak ada sini. Saya tak ada masalah kalau dia hoskan sebab dia best dan profesional. Malah, dia pun berpengalaman.

"Sepanjang minggu pertama semasa dia tolong gantikan saya, saya sendiri mendapat maklum balas positif daripada orang ramai, nasib baik ada dia," katanya.

Nabil terpaksa berehat pada minggu pertama GV7 ekoran diserang penyakit angin pasang. Puji Nabil lagi, AC Mizal seorang pengacara yang versatil dan terbuka baginya seandainya individu sehebat beliau menggantikan posisinya.

"Dia betul versatil. Kena dengan apa dia ada, pendek kata boleh letak dia mana-mana. Itulah kehebatan pengalaman. Saya pun sentiasa menyanjungi beliau dan Datuk Aznil Nawawi, dengan merekalah saya belajar," tambahnya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: