"My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul. Ya, semua makanan yang saya pesan melalui perut mommy pergi ke pipi saya," demikian tulis pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, yang berkongsi nama putera sulungnya selepas enam hari melahirkan selain bergurau mengenai wajah tembam si kecil ini.
Dalam entri tersebut, Farah juga berkongsi sebahagian wajah anaknya. Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh Andre Omar.
Untuk makluman, Farah dan suami yang juga juruterbang, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Farah Nabilah
________________________

No comments:
Post a Comment