25 October 2020

FASHA SANDHA: "SAYA TAK PERNAH CAKAP DAH BERHIJAB SEPENUHNYA... PELAN-PELAN BELAJAR"



Menerusi satu entri di laman Instagram baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha ada memuat naik satu rakaman video sedang menari bersama suaminya, pelakon Aidil Aziz.

Di samping peminat memuji kemesraan pasangan ini, ada juga segelintir netizen yang memberi komen mengenai penampilan Fasha menerusi rakaman video berkenaan. Ada yang keliru dan mempersoalkan mengenai penampilannya.

Lalu, pelakon drama bersiri 'Syurga Yang Kedua' ini ada memberi penjelasan dan memaklumkan dirinya masih lagi dalam proses belajar untuk mengenakan hijab.

"Ya betul apa adik komen pendapat adik tu, sy tak pernah cakap dah berhijab sepenuhnya. Sama juga.. macam ada juga beberapa selebriti yang belajar berhijab di bulan Ramadhan.

Klik untuk gambar besar



"Begitu juga saya. Pelan2 belajar, bukan utk memenuhi kehendak netizen mahupun trend, tapi kerana diri sendiri. Sy belajar," jelasnya.

Fasha pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan: "Alhamdulillah, ada orang bijak yang komen tentang isu ini. Terima kasih, terima kasih dik sebab doakan kakak yang baik2. Amin2 doakan kakak ya," balas Fasha lagi.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Selepas itu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Fasha Sandha

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: