"Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama dan doktor yang sama Dr. Seri. 'Our little girl is born, 24.10.2020'.
"Terima kasih untuk segala doa dan ucapan daripada anda semua," demikianlah tulis pelakon Datin Niena Baharun yang telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya iaitu seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur semalam.
Berita gembira itu dikongsikan Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun, 27, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi.
Klik untuk gambar besar
Apa yang menariknya, kata Niena, anak keduanya itu berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan anak sulung lelakinya. alam hantaran tersebut, Niena turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan dirinya di dewan bersalin bersama suami, dan anaknya.
Untuk makluman, Niena mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata.
Anak sulung pasangan ini bernama Adiel Mikael yang kini genap usia dua tahun semalam dan anak kedua pula dilahirkan semalam belum didedahkan namanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Niena Baharun
________________________

No comments:
Post a Comment