06 October 2020

FAZLEY YAAKOB GESA TANGGUHKAN SESI PERSEKOLAHAN: "NYAWA ALLAH BAGI SEKALI SAHAJA"



Menerusi satu yang dimuat naik di laman Instagram, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menggesa agar pihak berwajib menangguhkan sesi persekolahan dengan segera, susulan peningkatan mendadak angka pesakit COVID-19 semasa.

Kata Fazley, situasi membimbangkan ini secara tidak langsung akan mendedahkan risiko kepada pelajar dan guru sekolah.
"Cikgu-cikgu dan murid-murid harus mudla dicutikan sekolah sebelum terlambat! Korang tak risau ke? Setuju tak apa yang saya sarankan. Dalam diam saya amat yakin ramai ibu bapa bersependapat dengan saya," tulisnya di Instagram.

Fazley turut membuka ruang undian di Instagram Storiesnya memohon pandangan umum mengenai cadangannya. Cadang Fazley lagi, sesi persekolahan pelajar sekolah rendah harus ditangguhkan terlebih dahulu berbanding sekolah menengah yang punyai komitmen lebih besar seperti peperiksaan utama.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ada juga pihak yang menzahirkan kebimbangan terhadap punca rezeki peniaga di kantin sekolah seandainya sesi persekolahan ditangguhkan lagi.

"Mati keringlah mak cik kantin," komen salah seorang pengguna. - Namun, jawab Fazley; "Rezeki boleh dicari, nyawa Allah bagi sekali sahaja."

Ruangan komen di Instagram Fazley terus dihujani pelbagai komen dan pandangan mengenai risiko semasa pelajar di sekolah harian.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fazley Yaakob

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: