06 October 2020

AJAI PASANG IMPIAN JADIKAN FINALIS BIG STAGE 2020 SEBUAH BOYBAND MACAM WESTLIFE



Semua mengetahui finalis Big Stage 2020 (BS2020) terdiri daripada lima jejaka iaitu Azzam Sham, Usop, Qody Rany, Dinie Rashid dan Fadh Majid. Juri tetap BS202 yang juga seorang produser muzik, Ajai memasang impian untuk menggunakan finalis lelaki tersebut bagi membentuk sebuah kumpulan muzik.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 44, selaku produser muzik yang telah banyak menaikkan nama penyanyi terkenal dan menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti, kumpulan muzik ini boleh digelarkan sebagai satu projek istimewa BS2020.

"Bila saya nampak persembahan mereka, kalau boleh saya nak buat satu band. Ini umpama seperti satu projek istimewa. Bukanlah band macam BTS tu tapi bayangkan kalau mereka semua ni macam Westlife atau Backstreet Boys.

"Sebab mereka semua boleh menyanyi, semua ada tone karekter masing-masing. Bila projek istimewa ni menjadi, barulah mereka semua boleh mulakan kerjaya solo. Itulah serba sedikit aim saya," kata Ajai.

Klik untuk gambar besar



Bagi Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, idea yang dikemukakan oleh Ajai untuk membentuk sebuah kumpulan muzik itu sangat menarik.

"Perancangan karier mereka hampir sama macam Big Stage terdahulu di mana kita ada banyak platform untuk mengetengahkan bakat mereka. Tapi idea Ajai tu sangat menarik dan nanti kita boleh berbincang lagi pasal tu.

"Nanti kami akan berjumpa dengan setiap seorang finalis untuk mengetahui hala tuju masing-masing dalam industri hiburan," ujar Emma lagi.

Konsert akhir BS2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan dinobatkan sebagai juara. Usop mendapat naib juara dan Qody Rany berada di kedudukan ketiga. Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ajai

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: