27 October 2020

GAYA PEMAKAIAN TUDUNG MASYA MASYITAH DIPERSOAL NETIZEN



Penyanyi Masya Mashitah baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik satu rakaman video dan foto menunjukkan dia telah tampil dengan imej baru. Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Menurut peminat, mereka berasa keliru kerana imej Masya seperti tidak berhijab apabila dia menggayakan 'snow cap' dan menampakkan seperti rambut terjurai. Masya dilihat telah sedang menari TikTok bersama dua orang rakannya menerusi akaun Instagramnya.

Peminat yang mengikuti entri berkenaan telah tampil memberikan nasihat kepada Masya supaya menutup aurat dengan betul kerana statusnya sebagai 'public figure' dan seorang artis kini.

Namun, penyanyi lagu 'Halimunan' ini tidak berdiam diri dan tampil memberi penjelasan kepada persoalan yang diajukan kepada peminat: "Itu dandan yang diperbuat dari kain," jawabnya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimana pun komen itu dibalas kembali oleh salah seorang pengikutnya yang tidak bersetuju dengan pemakaiannya: "Menyerupai rambut sama je tak boleh hukumnya ibarata kita pakai rambut palsu.

"Adik dah jadi public figure kalau boleh jadi teladan yang baik. Tak miskin kalau kita tutup aurat betul-betul," jawab salah seorang netizen.

Sekadar info, Masya Masyitah merupakan artis keluaran Ceria Popstar musim kedua di bawah bimbingan Hazama pada tahun 2014 yang lalu dan kini terkenal dengan lagu 'Halimunan' dan terbaharu, 'Hapus'.

















www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Msya Masyitah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: