Semua sedia maklum mengenai pembedahan kosmetik sememangnya tidak asing lagi di kalangan selebriti dan hanya segelintir sahaja yang akan mengaku melakukan prosuder tersebut. Manakala bagi yang selebihnya pula akan mengatakan cantik semulajadi sejak dari kecil.
Baru-baru ini, foto terbaru yang dimuat naik pelakon Elfira Loy di laman Twitter menjadi bualan hangat apabila ada yang mendakwa pelakon mengubah wajah. Netizen mendakwa dahulunya wajah pelakon itu bulat namun kini sudah runcing.
Bukan itu sahaja, Elfira turut didakwa mengubah bibirnya menjadi lebih tebal dan mungil. Namun, netizen mengatakan mungkin berat badan Elfira sudah berkurang ataupun bibirnya kelihatan mungil kerana teknik solekan.
Malah, ada netizen memuat naik gambar Elfira terdahulu untuk bandingkan dengan gambar sekarang yang dilihat berbeza. Apa pun itu hanya spekulasi netizen sahaja dan mungkin ia hanya teknik solekan sahaja.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Cari Forum & Instagram Elfira Loy
________________________

No comments:
Post a Comment