27 October 2020

ISA & RISTEENA TUNDA KAHWIN?: "SEKARANG PKPB JADI KITA TAK TAHU..."



"Memang plan asal sekitar bulan November tetapi sekarang PKPB jadi kita tak tahu sama ada boleh teruskan atau tidak. Kemungkinan besar kita kena tunda.

"Nak tunda ke tarikh baru tu belum pasti lagi," kata pelakon Isa Khan yang menyatakan dia dan tunangnya, pelakon Risteena Munim, 31, masih belum membuat keputusan sama ada meneruskan majlis perkahwinan mereka atau tidak.

Kata Isa, 27, majlis tersebut sepatutnya diadakan pada November ini namun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilanjutkan lagi.

Tambah adik kepada bintang sinetron Indonesia, Miller Khan, dia dan Risteena hanya merancang untuk melakukan majlis akad nikah yang hanya dihadiri tetamu terdekat.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya memang plan kami untuk adakan majlis akad nikah saja tahun ini. Majlis resepsi mungkin awal tahun depan. Sebab kami nak buat gathering untuk keluarga, kawan dan rakan media tapi dalam kuantiti yang sikit.

"Tapi itu pun tidak dibenarkan. Kami pun tak pasti lagi macam mana, nak kena tengok keadaan COVID-19. Belum pasti lagi sama ada nak tunda semuanya ke tahun hadapan atau tidak," kata Isa yang mengikat tali pertunangan dengan Risteena pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Sebelum ini, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.












www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Risteena Munim & Isa Khan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: