27 October 2020

"I CAN EARN MYSELF" - RESPON SOO WINCCI BILA DILAMAR DENGAN SEBUAH BANGLO, FERRARI & WANG



Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi Dr Soo Wincci mendedahkan dia telah didatangi seorang lelaki yang tidak pernah berputus asa mahu melamarnya menjadi isteri. Pada mulanya individu tersebut bertanya pada Wincci sama ada sudi atau tidak untuk keluar bersamanya.

Namun malangnya Wincci menolak pelawaan itu dan memberitahu supaya tidak membuang masa berusha menawan hatinya: "Jangan bazir masa dan tenaga mengorat ya. Dr (Wincci) ni garang (muka ketat)," responnya.

Wincci berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya. Menerusi perkongsian itu Wincci memuat naik paparan skrin mesej peribadi (DM) di IG yang menunjukkan pelawaan lelaki tersebut.

Dalam entri terbaharu pula, Wincci sekali lagi berkongsi sekeping foto paparan skrin mesej peribadi seseorang yang difahamkan individu yang sama.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada mesej itu, individu tersebut bertanya adakah Wincci sudi berkahwin dengannya jika dia menawarkan sebuah banglo, kereta mewah Ferrari serta kemewahan.

Sekali lagi, Wincci menolaknya dengan memberitahu dia mampu menyara hidupnya sendiri: "Masih nak try .........zzzzzzzz," tulisnya dalam kapsyen.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang merasakan individu tersebut tidak pernah berputus asa.

Terdahulu, Wincci sudah memperolehi PhD dalam Bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia (OUM) pada 2016. Kini Wincci berada di Sepanyol dan sedang mengikuti pengajian dalam bidang muzik di Berklee Music of College sejak tahun 2017.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Soo Wincci

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: