31 October 2020

JEP MINTA INDIVIDU BUAT AKAUN PALSU GUNA NAMANYA PADAM SEBELUM TINDAKAN DIAMBIL



"Tolong jangan terpedaya! Ini bukan page saya di Facebook. Saya juga tiada sebarang akaun di Twitter. Saya mohon apa sahaja akaun yang menggunakan nama saya tolong padam sebelum tindakan diambil.

"Kalau surat dah sampai maaf je lah ya," demikianlah kata pelawak dan pelakon Jep Sepahtu yang memberi amaran kepada mana-mana pihak untuk berhenti daripada membuat akaun palsu dengan menggunakan nama dan wajahnya di media sosial.

Menurut Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin, 35, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang cuba memperdaya orang ramai menggunakan identitinya.

Klik untuk gambar besar



Dalam entri tersebut, Jep turut memuat naik satu paparan tangkap layar akaun page Facebook yang didakwa cuba memperdaya orang ramai. Akaun tersebut sudah mempunyai pengikut lebih 200,000 orang.

Di ruangan komen, rata-rata mengakui ada yang sudah tertipu dengan akaun berkenaan kerana menyangkakan dikendalikan oleh pelawak tersebut. Bagaimanapun, menurut Jep, page Facebook rasmi miliknya hanya yang menggunakan nama 'Jep Sepahtu' dan mempunyai pengikut 1.4 juta.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Jep Sepahtu

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: