31 October 2020

ALIF SATAR 3 MINGGU TAK PERGI SOLAT JUMAAT, GEMBIRA TERIMA KAD JEMPUTAN DARI MASJID



Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar sebelum ini memberitahu bahawa dia sudah hampir tiga minggu tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diunjurkan kerajaan.

Dalam pada itu, Alif yang sering berkongsi mengenai amalan yang boleh diamalkan umat Islam untuk menambah pahala pada setiap hari Jumaat itu turut berpesan kepada umat Islam di luar sana supaya sentiasa mengamalkan perkara sunat untuk memperoleh pahala di hari Jumaat.

"Dah tiga minggu tak pergi Solat Jumaat, tapi walaupun tak pergi, boleh buat benda sunat untuk score 'point' pahala jumaat. Potong kuku, baca surah Al-Kahfi, banyakkan selawat dari hari-hari biasa, bersedekah dan macam-macam lagi. Kita buat sama-sama, semoga diterima segala amalan kita guys!" tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Terbaru, Alif Satar menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram telah berkongsi berita gembira dimana dia menerima kad jemputan untuk solat berjemaah dan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sekadar info, Selangor dan Putrajaya mula melaksanakan PKPB pada 14 Oktober lalu dan kemudiannya dilanjutkan sehingga 9 November 2020.





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Alif Satar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: