31 October 2020

JALANI PENGGAMBARAN DRAMA - AZZA ELITE AMBIL PELUANG BERNIAGA



Memanfaatkan popularitinya dalam kalangan peminat dengan berniaga di lokasi penggambaran, pelakon Azza Elite, 42, yang kini popular menerusi drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa itu berkata, dia tidak menyangka percubaannya itu membuahkan hasil positif.

"Saya sebenarnya mula berniaga secara suka-suka selepas bertudung pada 2013. Pelbagai jenis produk saya jual kepada pelanggan. Selepas itu saya mula beralih kepada pakaian muslimah, tudung, telekung dan sejadah.

"Saya menjualnya hingga ke Singapura dan Brunei. Namun, apabila Covid-19 melanda, kita dah tak boleh bergerak ke negara lain dan saya beralih arah berniaga secara dalam talian," jelasnya.

Katanya, ketika menjalani penggambaran drama 'Perempuan Tanpa Dosa' arahan Michael Ang di sebuah kampung, dia mengambil peluang menjual barangannya kepada penduduk kampung itu.

Klik untuk gambar besar



"Baru-baru ini pun saya buat benda sama ketika menjalani penggambaran drama 'Tak Sempurna Mencintaimu' terbitan Zeel Production di Perlis. Penuh kereta saya dengan pelbagai barangan," katanya.

Azza berkata, setiap kali ke lokasi penggambaran, dia akan membawa sekali barangan jualannya: "Saya dan beberapa rakan niaga dari pasukan Noura buat khusus pakaian muslimah dengan harga berpatutan.

"Apabila tengok Instagram saya, peminat selalu tanya pakai baju jenama apa. Apabila saya bawa, mereka terus minat nak beli. Tak ketinggalan saya juga jual pewangi kereta. Ia mudah dijual kerana harganya murah," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Azza Elite

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: