31 October 2020

PEMINAT HADIAHKAN IPHONE, USOP TERHARU: "SEBELUM INI SELALU JA KAWAN-KAWAN EJEK PHONE SAYA"



"Tak pernah termimpi pon akan pakai 'iphone' sebab saya ni orangnya simple. janji dapat call & Whatsapp cukup. Terharu sangat bila fans bagi hadiah yang saya sendiri tak pernah terfikir akan beli. Sebelum ni selalu ja kawan-kawan ejek phone saya phone biasa.

"Ya la sebab saya tak kisah pon pasai phone. So bila dapat hadiah ni memang rasa mcm tak percaya. Thank you @usopmaniaofficial @usoplovers Love u all," demikianlah tulis penyanyi Usop yang meluahkan rasa terharu selepas mendedahkan dirinya ada menerima hadiah berupa telefon pintar jenama Iphone hasil pemberian daripada para peminatnya.

Menurut Usop, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk dia memiliki telefon pintar secanggih itu kerana baginya telefon biasa sudah memadai buat dirinya. Rasa terharu itu dikongsikan oleh menerusi sebuah video berdurasi 59 saat yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Usop ynag merupakan naib juara program Big Stage 2020 (BS2020) itu turut mendedahkan dirinya pernah diperlekeh gara-gara hanya menggunakan telefon bimbit biasa.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Usop itu selain turut mendoakan agar penyanyi kesanyangan mereka itu sentiasa sukses pada masa akan datang.

Terdahulu, Usop difahamkan telah pun menerima tawaran lakonan dan bakal bergandingan bersama rakan artis yang juga merupakan juara BS2020, Azzam Sham.










www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Usop

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: