31 October 2020

TERIMA DM MAKIAN DARIPADA NETIZEN - VIVY YUSOF BALAS DENGAN DOA



Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof sejak kebelakangan ada sahaja kontroversi yang terpalit. Namun, pengasas jenama dUCk itu dilihat tenang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai ibu dan ahli perniagaan.

Berikutan kontroversi terdahulu, Vivy pasti tidak terlepas daripada komen dan mesej berbaur negatif daripada netizen. Menerusi Insta Story, Vivy memuat naik paparan skrin mesej daripada netizen yang menghantar DM memaki hamunnya.

"You are a really mean f**ktard I ever know," demikian paparan skrin mesej yang dikirimkan pengguna di media sosial Instagram kepada Vivy Yusof.

Dalam paparan skrin sama, individu yang menggunakan foto wanita berhijab turut memaki-hamun Vivy dengan kata-kata kurang menyenangkan: "Kasihan anak-anak kamu. Buat malu ada mak macam kamu. Orang kaya bod*h," kata individu terbabit lagi.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Vivy tidak melenting sebaliknya menganggap mesej berbaur kebencian sedemikian kerap diterimanya sejak bergelar usahawan.

"Saya sering menerima mesej sebegini setiap hari sejak saya memulakan FV (Fashion Valet). Kadang-kadang saya rasa risau dengan kesihatan mental komuniti kita. Kemarahan dan kebencian yang disebarkan terhadap individu tidak mereka kenali sangat membimbangkan," tuturnya.

Tambah Vivy, dia hanya mampu membalas dengan doa kepada dan kata-kata murni kepada individu sedemikian: "Pesanan kepada semua agar kita perlulah melayan satu sama lain dengan positif, dunia ini tidak perlukan kebencian.

"Jika anda menerima mesej sebegini, jangan balas dengan kebencian. Jangan doakan perkara tidak elok kepada mereka. Tetapi doakan untuk diri anda dan mereka juga," tambah Vivy.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Vivy Yusof

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: