27 October 2020

MAEL TOTEY RAIH RM2.56 JUTA 4 HARI - SYAHMI SAZLI KINI BERTARAF JUTAWAN?



Siapa sangka Filem Mael Totey The Movie yang hanya dibintangi empat pelakon OKU iaitu Yoe Parey, Asif Ismail, Samsul Anuar dan Yatin berjaya meraih RM2.56 Juta dalam masa 4 hari tayangan di Astro First.

Ia sekaligus mencipta sejarah apabila industri filem tempatan melahirkan seorang Youtuber untuk berkarya dan sekaligus mendapat sambutan positif oleh penonton.

Pengarahnya, Syahmi Sazli kini boleh menarik nafas lega apabila dia akhirnya mampu duduk sebaris dengan penerbit dan pengarah bergelar jutawan di Malaysia seperti Datuk Yusof Haslam dan lain-lain lagi.

Ini kerana, tempoh tayangan filem itu masih panjang dan pastinya kutipan filem itu bakal meningkat lebih tinggi lagi.

Lebih manis, kejayaan itu diraihnya ketika negara dilanda pandemik covid-19 di mana ramai penonton takut ke pawagam dan tidak sebagaimana kebiasaannya.

Tahniah diucapkan!

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: