18 October 2020

MAIN BADMINTON DENGAN KONTAK RAPAT PESAKIT COVID-19 - WANY HASRITA MENGGIGIL BUAT 'SWAB TEST'



"Hari Selasa lalu, saya ada buat swab test Covid-19 sebab saya ada bermain badminton dengan kawan yang mempunyai contact rapat pesakit Covid. Ahad malam lalu dapat tahu.

"Sepatutnya saya kena tunggu keputusan ujian saringan kawan saya itu memadangkan dia kira lapisan kedua tapi saya ambil langkah berjaga-jaga dengan batalkan semua kerja pada Isnin.

"Sebabkan saya tak sabar orangnya... saya lakukan swab test itu pada Selasa. Saya pergi dengan ibu dan masa nak isi borang itu tangan menggigil sebab pertama kali nak lakukan.

"Ibu saya dah kira kali kedua sebab dia pernah buat masa kena tahan wab akibat denggi sebelum ini. Walaupun ibu kata tak ada apa, tapi tetap tangan menggigil," demikianlah kata penyanyi Wany Hasrita.

Klik untuk gambar besar



Gara-gara bermain badminton bersama rakan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19, Wany terpaksa melakukan ujian saringan wabak tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, berkata dia juga mengambil keputusan untuk membatalkan semua kerja biarpun keputuan ujian saringan rakannya belum diketahui.

Kata Wany, biarpun berasa terlalu takut sehingga menggigil namun bersyukur ibunya iaitu Norita Jaafar yang juga melakukan ujian saringan itu memberi sokongan.

Penyanyi lagu 'Canggung' itu berkongsi pengalaman pertama kali melakukan 'swab test' menerusi video yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Wany memberitahu dia melakukan persiapan mengemas bag untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.


Selang sehari, Wany dan ibunya menerima panggilan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)yang mengatakan keputusan ujian saringan mereka negatif.

"Balik rumah, saya dah get ready bag dan apa yang patut. Tunggu pihak KKM call... berdebar lain macam. Alhamdulillah... dapat keputusan saya dan ibu negatif dan begitu juga dengan kawan saya.

"Empat hari yang sangat mencabar dan saya akan ingat sampai bila-bila. Betapa saya ambil kesempatan keatas semua rahmat dan nikmat Allah berikan.

"Hati tak tenang... apa yang berlaku buat saya buka mata dan bersyukur dengan kesihatan serta semua sekali. Jika keputusan sebaliknya, kena berlapang dada sebab Allah sayang," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Wany Hasrita

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: