15 October 2020

"MASYA-ALLAH.. YA ALLAH, TIADA UNGKAPAN UNTUK KU UCAPKAN SYUKUR..." - IBU GEMBIRA LIHAT NEELOFA BERPURDAH



Menerusi beberapa entri yang dimuat naik di laman Instagram, penampilan pelakon dan pengacara Noor Neelofa dilihat kini mengenakan purdah atau berniqab dan ia telah mengundang tanda tanya ramai mengenai penampilan terbaharunya itu.

Biarpun belum dapat dipastikan sama ada selebriti berusia 31 tahun itu kini tampil berpurdah sepenuhnya, namun menerusi perkongsian ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed di Instagram seolah-olah memberi bayangan Neelofa yang juga bergelar usahawan itu kini sudah berpurdah.

Noor Kartini yang memuat naik sepotong video pendek itu menerusi Instagram berkata, dia bersyukur apabila bidadari tercinta diberikan hidayah daripada Ilahi.

Menerusi video tersebut, Neelofa yang tampil dengan purdah bersama ibunya dilihat saling berpelukan dengan erat sekali gus menimbulkan teka-teki ramai di ruangan komen terbabit.

Klik untuk gambar besar



Neelofa yang mengenakan tudung dan purdah berwarna putih itu dilihat begitu cantik dan keayuannya jelas terserlah ketika ibunya mencium dalam video terbabit.

"MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang bnyk mengajarku, yang menjadi inspirasiku..

"Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yg kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yg terbaik untuk ku, seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn



"Love you bidadariku @neelofa ❤️," tulis ibu kepada pengusaha tudung Naelofar itu menerusi satu perkongsian video terbaharu yang dimuat naik di Instagram, hari ini.

Ruangan komen Instagram ibu Neelofa ini turut dihujani dengan ucapan rasa syukur serta ramai juga yang turut sebak melihat video yang dimuat naik itu. Ramai peminat serta rakan artis tampil mengucapkan tahniah dan turut mendoakan yang terbaik buat Neelofa sekeluarga.

Moment sama turut dikongsikan Neelofa menerusi Insta Stories di Instagram. Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 150,000 kali.











www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Beautifulnara, Media Hiburan & Instagram Noor Neelofa & Datin Noor Kartini Noor Mohamed

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: