15 October 2020

TIZ ZAQYAH DILAHIRKAN SINESTESIA: "HURUF, PERKATAAN, LIRIK, NOMBOR, MUZIK DALAM WARNA & GELOMBANG"



"Pada hari ini (Khamis) saya dapati bahawa saya dilahirkan dengan sinestesia. Saya dapat mengesahkan ini kerana sepanjang hidup saya telah melihat huruf, perkataan, lirik, nombor, muzik dalam warna.

"Bersinar.... kadang-kadang dalam gelombang. Macam-macam dan menarik!" tulis pelakon Tiz Zaqyah menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Sentiasa melihat perkara dari sudut berlainan dan mudah marah, Tiz memberitahu dia baharu menyedari dirnya mengalami sinestesia sejak kecil.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 32, berkata, dia mampu melihat beberapa perkara seperti huruf, perkataan, lirik, muzik dalam bentuk warna dan gelombang.

Klik untuk gambar besar



Pelakon yang popular dengan drama 'Nur Kasih' ini juga tidak menolak dirinya sukar untuk difahami dan kadang-kala mudah marah. Tambahnya, dia juga melihat setiap perkara dalam perspektif yang berbeza daripada orang lain.

"Tidak hairanlah kadang-kadang sukar bagi orang untuk memahami saya. Saya mudah marah kerana mengharapkan orang memahami. Sekarang saya tahu mengapa saya melihat sesuatu perkara berbeza dan lebih masuk akal.

"Kadang-kadang saya juga dapat mencium bau karya seni. Saya benar-benar fikir semua orang mempunyai perkara yang sama dalam fikiran mereka selama ini," ujarnya.



Untuk makluman, sinestesia merupakan keadaan berasaskan neurologi di mana stimulasi suatu indera atau laluan kognitif menyebabkan pengalaman luar kawal automatik, dalam indera atau laluan kognitif kedua.

Individu yang memiliki sinestesia memiliki persepsi berupa penglihatan, pendengaran, atau sensasi daripada hal-hal yang biasanya tidak menimbulkan respon indra tersebut.

Contohnya, individu itu akan melihat warna merah ketika mendengar atau membaca kata 'Isnin', bagaimanapun apabila mendengar atau melihat kata 'Selasa' ia akan langsung melihat warna biru.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Tiz Zaqyah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: