21 October 2020

"MEETING UNTUK WEDDING & KERJA... SOLAT JEMAAH" - AYDA JEBAT NAFI SEBUMBUNG DENGAN TUNANG



Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat nampaknya sekali lagi dihimpit spekulasi apabila netizen mengatakan dia tinggal sebumbung dengan tunangannya, Nabil Mahir.

Namun ia telah dinafikan oleh Ayda yang tampil menjelaskan dia berada di rumah Nabil atas tujuan berbincang mengenai hal perkahwinan mereka sahaja. Ujarnya, ketika itu ramai ahli keluarga Nabil turut bersama mereka.

"Meeting untuk wedding dan kerja dekat rumah dia. Ada mak, ayah, nenek, kakak, abang, orang gaji dan ramai lagi. Nak keluar pun nak ke mana? Dah jawab," tulisnya menerusi ruangan komen Instagram.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Ayda ditanya oleh salah seorang pengguna media sosial terbabit sama ada mereka sudah tinggal serumah menerusi sepotong video TikTok Ayda bersama Nabil yang dimuat naik pelakon itu sendiri.

Pada masa sama, situasi keberadaan Ayda di rumah Nabil untuk urusan penting keluarga dipersetujui segelintir netizen yang turut mempraktikkan cara yang sama.



Bagaimanapun, Ayda menafikan dia pernah bermalam di kediaman bakal mentuanya dan tujuan asasnya berada di lokasi tersebut untuk mendalami ilmu agama.

"Saya tak pernah tidur rumah bakal mentua. Tapi boleh meeting dan buat kerja di rumah. Saya suka datang sebab boleh belajar solat jemaah dan lain-lain. Belajar apa yang tak pandai. Saya tinggal seorang dekat Kuala Lumpur. Jadi keluarga dia, keluarga saya juga," tambahnya.

Untuk makluman, Ayda dan Nabil telah mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: