21 October 2020

UQASHA TERLEPAS MENGAKU PERGI KURSUS KAHWIN DENGAN KAMAL ADLI?: "KURSUS JE.."



Pengarah dan pelakon Michael Ang menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik satu lagi video yang meminta pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose bersumpah sama ada mereka benar-benar mengikuti kursus kahwin atau tidak.

Video-video yang dikongsikan oleh Michael atau nama mesranya Mike di Instagram menimbulkan tanda tanya ramai sama ada Kamal dan Uqasha telah menghadiri kursus kahwin.

"Salam semua. Ok ni video yang akan menjawab sama ada @uqashasenrose2 n @kamaladli pergi krusus kahwin to gimmick or TRUE STORY! U all jadi la juri sama Ada menipu atau telling u all the truth!

"Apa apa pun 10pm nanti Jgn Lupa tonton #perempuantanpadosa kat Astro Ria n RiaHD and then komen ep 9 kat sini ok! Luv u all n stay safe!" tulis Mike sebagai kapsyen video seterusnya itu.

Klik untuk gambar besar



Yang menjadi tanda tanya apabila Uqasha seolah secara tidak sengaja mengiyakannya: "Kursus je," jawap Uqasha setelah diasak terus menerus oleh Mike.

Uqasha cuba dihubungi tetapi diberitahu oleh pembantu peribadinya, dia sedang menjalani penggambaran. Rata-rata peminat turut mendoakan agar kedua mereka bertemu jodoh.

Sebelum ini, Mike memuat naik satu entri yang mengandungi empat video pendek yang dimana dia bertanyakan soalan berhubung kurss kahwin kepada Kamal dan Uqasha.



"Kamal Adli n Uqasha Senrose pergi kursus kahwin kat kuantan! Kau orang rasa ni gimmick Atau KISAH BENAR! Kau orang rasa mana satu? Yang pasti u all semua kenal I kan! Jarang I buat gimmick2 macam ni!" tulis Mike sebagai kapsyen entri tersebut.

Walaupun diasak oleh Mike, namun kedua-duanya langsung tidak memberikan jawapan kepada soalan Mike itu: "Kita orang pergi khusus khidmat negara je," seloroh Kamal Adli menjawap soalan Mike di dalam video tersebut.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha pernah dikatakan mempunyai hubungan intim ketika sama-sama berlakon dalam drama 'Setelah Terlafaznya Akad', juga di bawah arahan Michael Ang.









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Michael Ang & Uqasha Senrose

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: