"Melihatnya memilih perubahan besar ini sangat mengagumkan. Dia tidak kisah hilang kerjasama dengan syarikat besar antarabangsa. Yang dia kisah hanya pasal Islam dan Allah. Harta dunia hanya sementara.
"Dia menjadi inspirasi saya untuk tidak lagi mendedahkan kulit dan lebih dekat dengan Allah. Oleh itu, saya telah memadamkan semua gambar dan video saya yang menunjukkan tubuh saya di Instagram.
"Insya-Allah. #atryingmuslim," demikian kata pelakon Ammar Alfian yang mengakui penghijrahan Noor Neelofa untuk berniqab sedikit sebanyak mempengaruhinya untuk berubah.
Klik untuk gambar besar
Jelas Ammar, dia memuji keikhlasan Neelofa berniqab yang mampu merisikokan kerjayanya termasuk komitmen dengan jenama-jenama antarabangsa. Justeru, penghijrahan Neelofa mendorong Ammar untuk memadamkan semua gambarnya yang tidak berbaju.
Minggu lalu, Ammar tampil mendedahkan kepada umum bahawa dia telah bercerai dengan isterinya, Nelissa Nezam dengan cara tebus talak.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ammar Alfian & Noor Neelofa
________________________

No comments:
Post a Comment