22 October 2020

NETIZEN DAKWA ADA 'BABY BUMP' - AIN EDRUCE KINI HAMIL?



Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara Ain Edruce, 29, ada memuat naik video dirinya di dapur bersama suami sambil menari. Namun apa yang menarik perhatian netizen, perut Ain didakwa kelihatan seakan 'baby bump'. Bagaimanapun, pengacara program Immortal Songs itu ketika dihubungi enggan mengesahkan sama ada dia hamil atau tidak. 

"Saya tak nak komen apa-apa lagi. Namun, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudah mendoakan baik- baik buat saya dan suami. Sampai masanya, saya akan berkongsi. Sekarang fokus saya masih lagi pada kerja. Alhamdulillah, rezeki saya makin bertambah selepas berumah tangga," katanya.

Ain berkata, semua pasangan yang berkahwin pasti selalu berdoa semoga dikurnia cahaya mata. Begitu juga, dia dan suami turut mengimpikan memiliki anak.

Klik untuk gambar besar



Ditanya mengenai kecaman daripada segelintir netizen terhadap video tarian berkenaan, Ain berkata, dia tak ambil tahu dengan komen-komen berbaur negatif.

"Saya selesa hanya dikelilingi aura positif. Jadi, benda-benda yang negatif seperti komen ditulis dengan bahasa kurang manis, memang saya tak layan. Saya tak mahu rasa tertekan. Siapa tak sedih apabila membaca komen-komen yang kesat. Jadi, tidak mahu fikiran saya terganggu dan sakit hati, maka abaikan saja. Biarkanlah mereka dengan komen-komen itu," tuturnya.



Menurut Ain, dalam situasi sekarang wajar untuknya menjaga kesihatan diri berikutan kes jangkitan Covid-19 ketika ini semakin meningkat. Lebih baik dia utamakan norma baharu dalam kehidupan.

"Ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) ditetapkan walau di mana saja berada, jangan rentas daerah dan negeri serta duduk di rumah saja sekiranya tidak ada urusan kerja yang penting di luar. Jangan lupa pakai selalu pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan dengan sabun seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," ujarnya.

Ain yang juga popular dengan sitkom 'Jenaka Kampung Kalut' (JKK) di TV3 berkahwin dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan mereka bertunang.





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ain Edruce

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: