06 October 2020

NETIZEN HANTAR MESEJ LUAH MENYAMPAH - BALAS MIRA FILZAH: "TAK SUKA ABAIKAN SAJA"



Selepas jawapan dalam sesi 'Ask Me Questions' di laman Instagram Stories baru-baru ini diambil sebagai sumber kepada beberapa artikel di media tempatan, pelakon Mira Filzah telah mendapat kecaman.

Kata Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, jawapan atau kenyataannya menerusi sesi 'Ask Me Questions' di Instagram adalah buah fikirannya untuk peminat yang bertanya.

Mira menjelaskan perkongsiannya menerusi sesi 'Ask Me Quastions' di media sosial hanyalah salah satu cara untuk dia berkongsi pandangan peribadi dengan peminat.

Malah katanya lagi, tidak adil bagi segelintir pihak yang menjadikan jawapannya di Instagram sebagai senjata untuk kembali mengutuk dan memperlekehkannya. 

"Apa saja yang saya kongsi di IG stories 'Ask Me Questions' adalah cara untuk saya memberitahu dan berkongsi pandangan saya dengan peminat dan pengikut yang baik dengan saya.

Klik untuk gambar besar



"Saya tidak pernah ditemubual berhubung dengan soalan yang saya sendiri cipta. Ia tidak adil kepada saya dan Emir untuk orang menilai kami sebab mereka baca beberapa artikel berdasarkan soalan peribadi antara saya dan peminat.

"Tidak pernah bermaksud untuk menganggu ruang peribadi anda dengan berita begini apabila mereka hanya pandangan peribadi saya yang diambil dari ruang peribadi saya sendiri," katanya.

Mira berkata demikian dengan memuat naik paparan skrin mesej seorang individu yang meluahkan rasa meluat terhadap perkongsiannya yang dijadikan berita di media. 

"Menyampah. Adakah anda rasa yang anda seorang saja berkahwin di Malaysia. Berita anda ada di semua tempat sangat menyampah. Saya tak pasti di mana nak memuja anda sebagai ikon. Entah bagaimana, lakonan awak biasa saja," tulis individu itu.



Sebelum ini, Mira sering membuka soalan menerusi 'Ask Me Questions' di IG Story dan menerima banyak pertanyaan daripada peminat mengenai kehidupan selepas berkahwin dengan Wan Emir Astar.

Antara perkongsian pelakon drama bersiri 'Bidadari Kiriman Tuhan' itu mengenai cadangan nama anak, belajar untuk memasak dan bacaan surah yang diamalkan setiap hari. 

Bagaimanapun, kata Mira, dia tidak meminta perkongsiannya itu dijadikan artikel oleh mana-mana portal sehingga menyebabkan rasa kurang senang segelintir netizen.

Malah Mira berkata, dia tidak pernah menyalahkan pihak media yang mengeluarkan artikel berdasarkan perkongsiannya di laman sosial kerana memahami ia merupakan tugas mereka.



"'Ask Me Questions' dalam Instagram stories saya merupakan cara untuk saya berkomunikasi dan interaksi bersama peminat serta pengikut.

"Kalau tiba-tiba nampak artikel keluar lagi berdasarkan kandungan IG stories saya dan ada segelintir tidak sukakannya, jadi jangan baca, hanya abaikan saja.

"Saya tak minta untuk artikel untuk dikeluarkan dan saya juga tidak salah media, itu kerja mereka. Kalau anda tidak menyukainya, jadi tolong abaikan saja," ujar Mira yang mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Malah, baru-baru ini juga tular video bersama suami ketika menziarahi kubur arwah bapa mentuanya hingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.


www.myartis.com / Sumber & foto: Mira Filzah, Astro Gempak & Instagram Mira Filzah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: