05 October 2020

NETIZEN KECAM & CUBA BOIKOT USOP ISU 'BODY SHAMING' - INI KATA SHERRY ALHADAD



Dek kerana terlanjur menegur bentuk badan pengacara Sherry Alhadad di pentas akhir konsert Big Stage 2020 (BS2020), naib juara program realiti tersebut iaitu Usop telah menerima kecaman hebat di media sosial.

Usop bagaimanapun telah memohon maaf jika gurauannya itu disalah anggap oleh Sherry dan orang ramai. Tidak melatah dengan situasi berkenaan, tuan empunya badan, Sherry Alhadad tampil menyuarakan pandangannya.

Menurut Sherry, dia langsung tidak ambil hati dengan apa yang terjadi. Bagi Sherry, terlepas kata merupakan perkara yang tidak boleh dielak terutama ketika program siaran langsung.

"Kadang kala sama juga macam Sherry apabila jadi pengacara. Kalau atas pentas paling Sherry takut adalah terlepas cakap. Saya faham niat dia bergurau, mungkin ketika itu orang lain anggap ianya seperti menghina," kata Sherry.

Klik untuk gambar besar


Tambahnya, dia juga sudah menganggap Usop seperti adiknya, oleh itu langsung tidak terlintas di hatinya untuk berkecil hati.

"Sebagai seorang kakak, saya memang sayang Usop sebagai adik. No heart feeling, takde perasaan marah-marah, kami sayang sama-sama," ujarnya.

Pada malam minggu akhir BS2020, Usop yang mempersembahkan lagu 'Arjuna' nyanyian asal Dewa 19 menerima kecaman apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga netizen menganggap penyanyi itu melakukan 'body shaming'.


Di media sosial, isu itu mula dibangkitkan warganet kerana ia menyentuh isu sensitif dan dikaitkan dengan ejekan tubuh atau 'body shaming'. Tindakannya itu mencetuskan rasa tidak senang buat sesetengah netizen sehingga ada yang cuba memboikot penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, Usop telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sherry selepas menyentuh bentuk badan ketika bergurau sebaik dia selesai membuat persembahan pusingan pertama.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, mengaku terlanjur kata dan berharap agar Sherry dan penonton program secara langsung itu memaafkannya.


"Tadi, saya ada terlepas cakap. Sebelum semua orang berkata-kata, saya nak minta maaf dekat akak (Sherry). Saya minta maaf kalau ada yang terasa," tuturnya.

Selepas Usop meminta maaf, Sherry bagaimanapun berkata yang dia tidak terasa hati dengan keterlanjuran kata Usop dan menganggap ia hanyalah sekadar gurauan: "Kami faham Usop bergurau. Akak pun faham gurauan Usop itu," katanya.

Dalam pada itu, Big Stage 2020 (BS2020) telah melabuhkan tirainya apabila Azzam Sham dinobatkan sebagai juara BS2020 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Naib juara menjadi milik Usop manakala Qody Rany berada di tangga ketiga. Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Harian Metro, Twitter / Instagram Usop & Instagram Sherry Alhadad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: