05 October 2020

TEPATI RAMALAN - AZZAM SHAM MUNCUL JUARA BIG STAGE 2020



Seperti yang dijangka ramai, peserta Azzam Sham, 23, yang bermula di pentas Idola Kecil 2009 terbitan TV9 ketika kanak-kanak itu muncul juara program realiti, Big Stage 2020 (BS2020) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Manakala naib juara disandang oleh Usop yang membawa pulang wang tunai RM50,000. Tempat ketiga yang menerima hadiah RM25,000 diduduki Qody Rany. Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.

Beberapa minggu di Big Stage 2020, Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, jelas dilihat bersaing rapat dengan Usop.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak pernah melihat Usop sebagai saingan utama di pentas Big Stage 2020 kerana semua peserta bertanding ada potensi mereka," kata Azzam yang sudah mempunyai lagu solo berjudul 'Biar Saja' itu.

Pada konsert akhir yang berlangsung dengan penuh meriah, Azzam membawakan dua lagu iaitu 'Aku Bidadari Syurgamu' nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza serta 'Granede'.















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan, Astro Awani, Harian Metro & Instagram Hlive

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: