19 October 2020

NETIZEN NAMPAK SEOLAH 'BABY BUMP' - AMEERA KHAN TAMPIL NAFI



Personaliti media sosial dan juga adik kepada Noor Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan baru-baru ini ada memuat naik sekeping gambar dirinya sedang mempromosikan pakaian yang dipakainya iaitu berona hijau di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, foto tersebut telah menarik perhatian netizen yang mendakwa perut Ameera kelihatan seperti 'baby bump': "I can see your pretty cute bump," tulis seorang netizen di ruangan komen. - "Baby bump, congratzz," tulis seorang lagi netizen.

Di ruangan komen tersebut, secara umum Ameera memberitahu bahawa dia tidak hamil: "I am not pregnant," tulis Ameera.

Sudah tentulah ramai peminat Ameera turut menyokong kenyataannya itu: "Baby bump baby bump. Tengok perut korang tu flat macam papan ke? Perut sendiripun berlapis," balas seorang wargamaya.

Klik untuk gambar besar



"Tak boleh ke ada nampak bump? Omg, semua orang kena ada perfect body ke?" tulis seorang lagi wargamaya mempertahankan Ameera. - "That's lemak bump hahaha not baby bump," tambah seorang lagi wargamaya.

Komen-komen yang menyokong Ameera menyebabkan netizen asal yang meninggalkan komen mengenai baby bump tersebut membuat permohonan maaf.

"I'm sorry my word buat orang salah faham. Saya tak terfikir pun adik Neelofa ni mengandung dan saya pun tak tahu adik Neelofa ni dah berkahwin atau belum. Jangan salah faham semua. I'm also have prety cute bump too," tulis netizen tersebut memohon maaf.

Pada awal tahun ini pernah ada khabar angin yang mengatakan Ameera telah berkahwin tanpa pengetahuan sesiapa apabila menghilangkan diri selama 8 bulan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ameera Khan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: