19 October 2020

'HATI YANG TERSAKITI' DIDAKWA TIRU DRAMA KOREA, 'THE WORLD OF THE MARRIED' - NAD ZAINAL BIDAS



Drama terbaharu berjudul 'Hati Yang Tersakiti' yang ditayangkan 15 Oktober lalu itu baru-baru ini telah didakwa oleh netizen yang beranggapan bahawa drama arahan Feroz Kadir itu merupakan saduran drama sensasi Korea, 'The World Of The Married' (TWOTM).

Bagaimanapun, pelakon utama drama tersebut iaitu Nad Zainal tampil membidas anggapan netizen dan mempertahankan karya itu. Nad yang memegang watak Ramona Tahir dalam drama itu memberitahu, jalan cerita dan perkembangan watak dalam drama terbitan produksi Art Ornament Sdn Bhd itu berbeza.

"Mungkin persamaan daripada segi tema dan konflik rumah tangga. Namun, jalan cerita dan perkembangan watak berbeza sepenuhnya. Ada kemungkinan drama ini berkisar tiga watak utama lakonan saya, Remy Ishak dan Mimi Lana.

Klik untuk gambar besar



"Jadi ada yang pantas menganggap 'Hati Yang Tersakiti' seperti drama TWOTM. Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Sebaiknya, tontonlah sehingga episod ke-15 untuk menilai dan membuat kesimpulan," katanya.

Drama 'Hati Yang Tersakiti' mula disiarkan melalui slot Samarinda di TV3 sejak Khamis lalu. Drama ini menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam. Sebelum ini, dihebahkan bahawa drama ini adalah idea asal dan bukan diadaptasi atau 'remake' daripada mana-mana drama lain.



Bercerita mengenai watak dibawa dalam drama itu, Nad memberitahu, Ramona adalah wanita 'lurus' yang hidup bahagia bersama suami, Haris lakonan Remy.

"Namun, Ramona kecewa tidak mampu memberi zuriat kepada Haris. Dia ada teman baik iaitu Farah lakonan Mimi Lana. Hendak dijadikan cerita, Farah sedang menunggu proses perceraian dengan suami dan Romana benarkan dia tinggal bersama. Tanpa diduga, berlakulah perkara yang tidak diduga... Kena tengok sampai habis drama ini," ceritanya.

Nad atau nama penuh, Farah Nadia Zainal Abidin menyifatkan gandingannya bersama Remy dan Mimi cukup segar: "Semua pelakon memberi idea dan menggalas tanggungjawab dengan baik. Saya dan Remy sudah empat kali bekerjasama dan masing-masing faham cara bekerja," tuturnya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Nad Zainal & @ndzrh_rzlli

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: