02 October 2020

'PENAMPILAN BARU' HIDAYAH DAPAT PUJIAN, TERIMA KATA-KATA SEMANGAT



Baru-baru ini, balu kepada pelawak, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali telah memuat naik foto dirinya dengan 'penampilan baru' dan ia mendapat perhatian netizen.

Hidayah dilihat tampil makin bergaya dengan gaun bunga-bunga serta solekan yang cantik dalam foto yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, @hidayah_abam, semalam.

Penampilan yang berbeza dan lebih ceria itu membuatkan ramai wargamaya memuji dan memberi kata-kata semangat supaya dia terus melangkah lebih kuat sebagai ibu tunggal.

"Makin cantik! Moga jadi wanita yang kuat. Saya juga ibu tunggal," komen seorang netizen.

Klik untuk gambar besar


"Cantik awak, semakin tabah semakin ceria hidup. Moga terus kuat," kata seorang wargamaya

"Semakin hari semakin cantik," puji seorang pengikutnya.

Pun begitu, abang kepada Hidayah iaitu Azmier tampil menjelaskan penampilan itu hanya untuk khidmat review berbayar: "Adik saya hanya buat review baju orang bagi. Service paid review," jelasnya.

Untuk makluman, Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram @hidayah_abam

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: