Semua sedia maklum mengenai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang bakal menemui penonton tidak lama lagi bermula 11 Oktober depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Dek kerana itu, ada segelintir masyarakat yang bosan dan mahukan 'muka baharu' dalam menerajui program tersebut. Namun begitu, pengacara Nabil Ahmad tidak peduli kata-kata negatif yang dilemparkan.
Nabil, 37, menganggap ia merupakan rezeki buat dia dan rakan pengacara Jihan Muse untuk terus mengendalikan program realiti popular itu.
"Saya dan Jihan tetap kekalkan benda yang sama, sebab kami buat benda
sama itu membuatkan orang nak tengok lagi. Kelainannya adalah pada
peserta tapi perangai tetap sama, macam-macam hal akan jadi. Kalau dah
best buat apa nak tukar," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nabil Ahmad
________________________

No comments:
Post a Comment