02 October 2020

BILA PEMINAT SHUKRI YAHAYA BERANI LUAH HASRAT BERMADU: "AKAK BOLEH TOLONG TYA DI RUMAH"



Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan menerusi Insta Story telah memuat naik paparan skrin perbualan dengan seorang wanita yang berani meluahkan hasrat untuk menjadi madunya dek gara-gara penangan drama '7 Hari Mencintaiku 2'.

Malah, wanita yang berjanji untuk berkongsi kebahagiaan bersama itu juga mengakui kini belum bekerja dan berjanji untuk melakukan kerja-kerja rumah jika mereka hidup bermadu.

"Boleh minta nombor WhatApps, akak ada niat baik ni nak berkongsi bahagia dengan Tya boleh? Akak orang susah belum bekerja, nak kerja belum ada rezeki. Boleh bermadu dengan Tya sebab akak nak hidup dengan keluarga Tya.

Klik untuk gambar besar


"Handsomelah suami Tya akak suka, akak boleh tolong Tya di rumah. Akak cuma nak ada suami yang boleh lindungi akak di dunia dan akhirat, nak sama-sama pergi umrah dengan Tya. Itu je maksud akak," tulis individu itu.

Sementara itu, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 28, memberi reaksi terkejut dengan perangai pelik segelintir netizen yang semakin hilang sifat malu. Malah katanya, dia sudah pun menyekat akaun Instagram wanita berkenaan di laman sosial tersebut.

"Aneh-aneh betul! Korang tolong DM (mesej peribadi) kakak ni sekejap, kasihan dia kesepian," ujar Tya yang mendirikan rumah tangga dengan Shukri pada 20 November 2015 di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena, 4, dan Maleew Miqayl yang kini berusia tiga bulan.



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Tya Adnan & Shukri Yahaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: